Dr Roland Chia Dilantik Ketuai Sayap Bersekutu BERSATU Sabah

Dr-Roland-Chia.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Datuk Dr Roland Chia Ming Shen dilantik sebagai Ketua Penaja Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah berkuatkuasa 14 Oktober 2021.

Pelantikan itu diumumkan oleh Ketua Sayap Bersekutu BERSATU Pusat, Datuk Seri Santhara JP.

BERSATU telah mewujudkan sayap parti untuk anggota bukan Bumiputera dan bukan Melayu, yang dikenali sebagai ahli bersekutu pada Persidangan Agung Tahunan parti itu pada November tahun lalu.

Santhara dilantik sebagai Ketua Sayap Bersekutu BERSATU yang pertama berkuatkuasa pada 29 September 2021.

Beliau juga merupakan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Ahli Parlimen Segamat.

Sementara itu, Roland juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah turut mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penaja Sayap Bersekutu BERSATU Sabah.

Jawatankuasa Penaja Sayap Bersekutu BERSATU Sabah terdiri daripada pemimpin politik veteran dan pemuda daripada kalangan profesional dan komuniti peniaga.

Jawatankuasa Penaja Sayap Bersekutu BERSATU Sabah seperti berikut:

Ketua: Datuk Dr. Roland Chia Ming Shen.

Naib Ketua: Datuk Charles O Pang Su Pin.

Penolong Setiausaha: Julian Lai Tze Cheng.

Penolong Bendahari: Lai Kim Ming.

Ketua Penerangan: Lim Ting Khai.

Ahli Jawatankuasa: Datuk Jothi Veeramani A/L Valmuni, Datuk Nagaraju A/L Applasamy, Pang Shu Kin @ Pang Shu Hin, Benjamin Chin Tze Wei, Duncan Wong Hao Zheng, James Vun Ket Fah, Yee Tah Khong, Patrick Chia Tze Chang, Koh Seng Yee, Sarah Chong On Torng dan Yu Tze Ing.

Terdahulu Santhara dan Roland mengetuai Jawatankuasa Penaja Sayap Bersekutu BERSATU Sabah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor  di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.

Mengalu-alukan mereka ke dalam BERSATU, Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah berkata, beliau amat menghargai minat dan sokongan padu mereka kepada parti.

Beliau berkata, kehadiran mereka dalam BERSATU menunjukkan parti itu diterima dan mendapat sokongan kuat bukan sahaja daripada masyarakat Bumiputera tetapi juga bukan Bumiputera di Sabah.

“Saya mengalu-alukan semua daripada golongan bukan Bumiputera di Sabah untuk menyertai Sayap Bersekutu kita ini, dan bersama-sama kita bekerja untuk kesejahteraan rakyat dan membawa lebih banyak kemajuan pembangunan kepada negeri ini,” kata Hajiji.

Turut hadir ialah Setiausaha BERSATU Sabah, Datuk Mohd Razali Md Razi dan Setiausaha Eksekutif BERSATU Sabah, Datuk Abdul Kassim Razali yang juga Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top