Dr Ramzah CEO IDS Baharu

IDS-Sabah.jpg

Mantan Ketua Pegawai Eksekutif IDS Anthony Kiob (kanan) menyempurnakan simbolik penyerahan tugas kepada Dr Ramzah.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Prof. Madya Dr. Ramzah Dambul dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah berkuatkuasa 1 Mac 2022.

Beliau akan mengetuai organisasi penyelidikan autonomi dengan sasaran utama bagi membantu kerajaan untuk mencapai keperluan dan aspirasi rakyat menerusi kajian serta analisis terhadap sebarang perkembangan isu.

Dr. Ramzah mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyelidikan serta akademik apabila menjadi pendidik di Universiti Malaysia Sabah (UMS) selama 24 tahun, dengan menjawat pelbagai jawatan pengurusan dan akademik, termasuk dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor UMS (Penyelidikan dan Innovasi) sejak 2019.

Beliau juga merupakan alumni University of East Anglia, United Kingdom di mana beliau mendapat kelulusan Kedoktoran dalam Klimatologi Sinoptik.

Sepanjang kerjaya profesional beliau, Dr Ramzah telah mencapai pelbagai kejayaan atau jawatan pengurusan di pelbagai organisasi termasuk Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS), Multimedia Technology Enhancement Operations (METEOR) dan Atomic Energy Licensing Board.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top