Dr Kathryn Anne Rivai perkasa pendidikan untuk kanak-kanak terpinggir di Sabah

Kathryn-Anne-Rivai.jpg

Pada 28 Ogos lalu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan anugerah Sumbangan Luar Biasa kepada Rakyat Malaysia kepada Kathryn (dua, kanan) pada satu majlis di Kuala Lumpur. --fotoBERNAMA

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Sejak tahun 1977, Dr Kathryn Anne Rivai, seorang pendidik kelahiran New Zealand komited untuk meningkatkan akses pendidikan kepada kanak-kanak terpinggir di negara ini terutamanya mereka yang “tidak berdokumen” di Sabah.

Berhijrah ke Negeri Di Bawah Bayu lebih empat dekad lalu kerana mengikuti suaminya, Zainal Rivai yang merupakan anak jati Sabah, wanita yang kini berusia 71 tahun secara signifikannya memberi banyak impak ke atas landskap pendidikan di negeri berkenaan menerusi kemahiran serta kepimpinannya.

Kathryn mula terbabit dalam bidang pendidikan di Sabah apabila dia diambil berkhidmat sebagai guru sekolah menengah di Kota Kinabalu pada tahun 1978 sebelum menyertai Maktab Nasional, sebuah sekolah swasta sebagai Timbalan Pengetua dan Pemangku Pengetua.

Pada tahun 1998, beliau merintis penubuhan sekolah rendah swasta (SRS) termasuk Datuk Simon Fung yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan dan Seri Insan pada tahun 2004.

Pada tahun 2005, beliau turut sama membantu pembinaan semula sekolah-sekolah di Acheh, Indonesia yang musnah akibat bencana tsunami. Kathryn bukan sahaja menyaksikan kemusnahan besar yang berlaku tetapi juga trauma yang menimpa komunti tempatan.

 

Baca seterusnya di sini

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top