Dr Jeffrey Rasmi Majlis Penyerahan Watikah BELA

Dr-Jeffrey-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan telah merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Bersama Membela Masyarakat Sabah (BELA) pada Sabtu lalu.

Pada ucapannya Dr Jeffrey berharap BELA konsisten dalam usahanya membela masyarakat Sabah dan bekerjasama dengan lain-lain pertubuhan dan persatuan yang mendokong semangat yang sama.

Sementara itu Presiden BELA, Datuk Rekan Hussein berkata, NGO tersebut akan terus mengingati pemimpin-pemimpin seperti Dr Jeffrey yang sentiasa memberi pelbagai bentuk bantuan dan sokongan.

Katanya, usaha Dr Jeffrey yang tidak jemu-jemu memperjuangkan hak-hak Sabah telah membawa kepada usaha penyelesaian isu MA63, amat signifikan dan dekat di hati rakyat.

BELA  merupakan NGO yang telah ditubuhkan secara rasminya pada 5 Jun 2021, menyokong aktiviti-aktiviti masyarakat dan program-program kerajaan. Matlamat BELA ditubuhkan ialah membela kebajikan masyarakat Sabah tanpa mengira anutan agama, kaum, budaya dan idiologi. Ia juga menjadi platform untuk memberi pandangan, pendapat, cadangan dan pembelaan berkaitan hak-hak masyarakat di Sabah.

 

Sumber: Jeffrey G. Kitingan Page

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top