Dr Jeffrey Lawat Mangsa Banjir Lumpur Kampung Tindai

Dr-jeffrey-1.jpg
Kongsi Bersama

PENAMPANG: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan pada Sabtu telah melawat beberapa rumah di Kampung Tindai, Kolopis yang terkesan teruk semasa banjir lumpur bulan lalu.

Beberapa rumah  telah ditenggelami air banjir berlumpur sedalam sekitar 1.5 meter. Banyak harta benda dan peralatan rumah musnah sekelip mata.

Seorang ibu berkata kepada Dr Jeffrey, “Rumah dan harta yang kami usahakan dan perolehi di sepanjang hidup kami musnah begitu sahaja…”

Dalam kunjungan itu Dr Jeffrey menghulurkan sejumlah wang sebagai sumbangan kepada tuan rumah-tuan rumah berkenaan.

Dr Jeffrey turut mendapat taklimat dan penjelasan daripada Jurutera Kanan Kota Kinabalu Penampang, Ir Irene Choo tentang punca terjadinya banjir besar di tempat itu.

Bercakap kepada media kemudiannya, timbalan ketua menteri itu berkata, salah satu punca banjir adalah keadaan sungai yang tidak lagi dalam, dan kalvet-kalvet yang dibina pula adalah kalvet kecil yang tidak dapat menampung apa yang sepatutnya.

Selain itu ia juga disebabkan oleh perubahan alam, yang melibatkan cuaca.

“Kita perlu bersihkan sungai, mendalamkanya, memeriksa semua saluran keluar, dan memastikan parit-parit cukup untuk menampung,” kata beliau.

Tambahnya lagi kerjasama kontraktor, semua agensi-agensi kerajaan dan masyarakat kampung perlu dikordinasikan supaya masalah dapat diselesaikan secepat mungkin.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top