Dr Jeffrey lancar program ‘Ikan Rakyat’

Ikan-rakyat.jpg

Kredit foto: Jeffrey G. Kitingan Page

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dalam usaha membantu rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah di kawasan luar bandar dan pedalaman, Kerajaan Negeri Sabah telah melancarkan program ‘Ikan Rakyat’ untuk menyediakan ikan yang mampu dibeli oleh kumpulan sasar.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata inisiatif itu merupakan langkah proaktif untuk mendapatkan bekalan ikan berkualiti yang mencukupi kepada golongan berkenaan.

Kitingan, yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, berkata “Ikan Rakyat” bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah mendapat akses yang lebih baik kepada spesies ikan ‘mampu milik’.

Di Sabah spesies ikan-ikan itu lebih dikenali sebagai ikan basung, lumahan, kayu, ikan mata merah dan lain-lain yang harganya mampu dibeli.

Istilah itu juga merujuk kepada jenis ikan yang sering dimakan oleh majoriti rakyat kerana ia lebih murah dan mudah didapati berbanding jenis-jenis ikan yang lebih mahal seperti ikan salmon dan ikan merah.

“Seperti yang kita sedia maklum, pengeluaran ikan di Sabah telah melebihi 100% Tahap Sara Diri (SSL).

“Tetapi masih ramai rakyat kita terutama di pedalaman yang masih tidak dapat menikmati ikan kita. Kalau ada pun harganya naik sekali ganda dan kualitinya tidak pada tahap yang memuaskan,” katanya pada majlis pelancaran program itu. di bawah Pemasaran Ikan Sabah (SAFMA) di Padang Merdeka di sini pada malam Ahad.

Kitingan berkata program ‘Ikan Rakyat’ dilaksanakan atas beberapa sebab dengan tujuan utama mengurangkan kos kepada pengguna dengan menawarkan ikan pilihan rakyat pada harga berpatutan.

“Kita menyasarkan penduduk luar bandar yang sukar mendapatkan bekalan ikan di samping membantu menstabilkan bekalan dan harga ikan terutama ketika di luar musim,” katanya.

“Program ini juga akan mewujudkan peluang perniagaan kepada usahawan baharu untuk menceburi industri perikanan dan meningkatkan pendapatan berdasarkan jumlah jualan yang tinggi.

Katanya, program itu menyasarkan kawasan luar bandar Tambunan, Keningau, Ranau dan daerah lain yang sukar mendapat bekalan ikan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top