Dompok Zahir Rasa Terkejut Permainan Politik Warisan ‘Tidak Ikhlas’

dompok.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Bernard Dompok (gambar) menzahirkan rasa terkejut dengan permainan politik presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Mohd Shafie Apdal berhubung kenyataan berdolak-dalik mengenai Blok Borneo yang menurut pemimpin veteran itu mencerminkan ciri-ciri tidak boleh dipercayai.

Beliau yang juga presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu progresif Bersatu (UPKO) berkata tidak hairanlah seorang pemimpin dari Sarawak sebelum ini pernah meragui keikhlasan pemimpin Warisan itu berhubung cadangan kerjasama Sabah dan Sarawak.

Dompok berkata beliau kini memahami keraguan atau ketidakpercayaan pemimpin berkenaan terhadap Warisan berdasarkan kenyataan Shafie dalam kempen pilihan raya umum ini.

“Sarawak tidak percaya mereka. Saya berpeluang bercakap dengan mendiang James Masing (Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing) semasa Shafie ketua menteri Sabah.

“Saya ke sana (Sarawak) untuk melihat sama ada boleh diwujudkan satu kerjasama antara kerajaan Sabah dan Sarawak ketika itu. James Masing tanya saya, Bernard, do you trust them? Saya terkejut kerana tidak memahami maksud beliau (mendiang James),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Perdana, kempen Calon Pakatan Harapan Penampang Datuk Ewon Benedick, di sini semalam.

Sambil menyampaikan pesanan terakhir kepada pengundi Penampang, Dompok merayu pengundi kawasan parlimen itu untuk memberi peluang kepada Ewon mewakili mereka di Dewan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-15 pada 19 Nov ini.

Semalam, Shafie menafikan laporan yang mendakwa Warisan telah mencapai kata sepakat dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berhubung isu penubuhan blok Borneo.

Untuk rekod, UPKO telah memainkan peranan penting merintis jalan kepada Warisan-PLUS mengambil alih tampuk pemerintahan negeri ini pada tahun 2018, sekali gus menobatkan Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah.

Tanpa pengorbanan AMT UPKO yang bersetuju bergabung dengan Warisan-PLUS, Warisan tidak mungkin jadi “kerajaan” selepas PRN 2018. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top