Dokong Perlembagaan, Hormati Agong – SSK

SSK.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menggesa rakyat, khususnya ahli politik supaya sentiasa mendokong Perlembagaan Malaysia.

Ketika membuat seruan itu, beliau yang juga ADUN Usukan berkata Perlembagaan Negara dengan jelas memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri.

“Apabila Malaysia berdepan cabaran menangani Covid-19, adalah tidak wajar sibuk mengumpul Surat Akuan Bersumpah (SD) untuk menjadi Perdana Menteri.

“Kita perlu menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong dan seterusnya memfokus kepada usaha kita untuk pemulihan negara,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Salleh berkata demikian bagi mengulas analisa politik Prof James Chin, pakar kajian Asia di Tasmania Universiti di Australia, berhubung isu pelantikan Perdana Menteri di negara ini.

Kelmarin, Prof James Chin dipetik sebagai berkata bahawa Yang di-Pertuan Agong akan melantik Perdana Menteri yang baharu sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya hari ini.

Beliau berpendapat sidang Parlimen tidak boleh diadakan pada ketika ini dan Agong mempunyai kuasa budibicara Agong untuk melantik Perdana Menteri baharu.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top