Disyaki terlibat kegiatan tidak bermoral, 11 wanita warga asing ditahan di Labuan

polis.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Polis Sabah dan Labuan telah menahan 11 wanita warga asing, kesemuanya warga Filipina, kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.

Anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Labuan membuat tangkapan itu menerusi Op Noda (Pusat Hiburan), di mana serbuan pertama dilakukan di sebuah pusat hiburan.

HMetro melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Sabah Senior Asisten Komisioner Polis Azmi Abd Rahim berkata dalam serbuan itu pihaknya memeriksa seorang lelaki iaitu penjaga premis serta seorang wanita warga Filipina yang mengaku bekerja di premis berkenaan sebagai pelayan.

“Pemeriksaan mendapati visa wanita terbabit meragukan dan soal siasat wanita itu memberitahu bahaya terdapat 10 lagi wanita Filipina yang bekerja sebagai pelayan di premis berkenaan sedang berada di kuarters pekerja pusat hiburan berkenaan.

“Pasukan operasi kemudian menjalankan serbuan dan menahan seramai 10 wanita warga Filipina dan semakan mendapati semua tangkapan mempunyai visa yang meragukan,” katanya ketika dihubungi HMetro.

Azmi berkata, kesemua wanita berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu adalah pelayan dan turut disyaki terbabit dalam aktiviti persundalan.

“Pasukan operasi turut merampas semua pasport wanita terbabit dan 11 keping resit ‘ladies drink’

“Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti pelacuran,” katanya.

Sementara itu, Azmi menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan warga asing yang didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top