Disyaki Minta Suapan RM22,000, SPRM Sabah Tahan Pegawai Badan Berkanun

sprm.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang pegawai sebuah badan berkanun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai meminta rasuah berjumlah RM22,000.

Suspek berusia 33 tahun yang sebelum ini pernah bertugas di sebuah daerah di negeri ini ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu, kira-kira 12.30 tengah hari semalam (Selasa).

Sumber berkata, suspek dipercayai meminta rasuah berjumlah RM22,000 daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan supaya syarikat itu diberikan kerja berkaitan pembersihan tanah.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.

Katanya, suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah dalam masa terdekat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top