Disyaki Berang Dipotong Barisan, Pemandu Teksi Rempuh Tiga Kenderaan

teksi-rempuh-672x420-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang pemandu teksi Airport Limo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) merempuh tiga kenderaan lain kerana disyaki berang selepas dipotong barisan ketika menunggu pelanggan.

Kejadian kira-kira 1 tengah hari semalam (Isnin) tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.

Dalam rakaman video hampir seminit itu, orang ramai termasuk pemandu teksi di tempat kejadian hanya mampu melihat tindakan lelaki berusia lingkungan 60-an terbabit yang dikatakan mengamuk.

Klip video itu kemudian tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai persoalan berhubung punca sebenarnya.

Ada yang cuba mengaitkan kes itu dengan hilang pertimbangan akibat kesan penularan Covid-19 yang menjejaskan kehidupan sebahagian masyarakat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, George Abd Rakman ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian untuk tindakan lanjut. – FMT


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top