Disiplin, Rahsia Kejayaan Anak Sabah Yang Jadi Rebutan 5 Universiti

Jimbangan-famili.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Disiplin merupakan kunci kecemerlangan Ivan Avannus Jacob Jimbangan, anak Sabah yang baru-baru ini telah menjadi tajuk utama setelah dia menjadi rebutan bukan 1 tetapi 5 Universiti Ivy League di Amerika iaitu Columbia University, University of Pennsylvania, Cornell University, Dartmouth College, Brown University, Stanford University dan satu daripadanya bukan Ivy League universiti iaitu University of Chicago.

Menurut Stephen Jimbangan, bapa kepada pelajar cemerlang itu, Ivan seperti abangya yang juga memperoleh 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2016, sangat berdisiplin ketika belajar.

Tambahnya lagi, Ivan dilatih dari muda untuk mengulang kaji pelajaran sekurang-kurangnya dua jam sehari di rumah.

Manakala, ibu, Evelyn John Ganjos berkata terdapat juga peraturan ‘Tanpa telefon bimbit pada hari bekerja’ untuk anak-anaknya dan hanya mempunyai akses untuk alat elektronik pada hujung minggu.

Jimbangan juga berkata Ivan bernasib baik kerana bersekolah di Sekolah Menengah (SM) St Michael iaitu sebuah sekolah yang berprestasi tinggi dan juga terkenal dalam soal disiplin.

Menurutnya, pengambilan makanan harian Ivan dipantau dengan baik dengan bantuan datuk dan neneknya dari Kuching selain diberikan persekitaran belajar yang kondusif di rumah, dengan ruang sendiri untuk membuat kerja sekolahnya.

Jimbangan berkata, Ivan yang sangat berdikari sejak muda lagi mempunyai tekadnya sendiri yang juga adalah kunci kejayaan dan pencapaiannya.

Sokongan yang sentiasa dihulurkan ahli keluarga dan guru juga memberikan Ivan motivasi untuk berjaya dalam pelajarannya.

“Saya percaya kemasukannya ke Stanford dilengkapi dengan semangatnya untuk selalu menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan minatnya untuk belajar beberapa bahasa asing.  Kami sebagai ibu bapa selalu mendoakannya terutama neneknya di Penampang yang tidak pernah gagal mendoakan semua cucunya,” katanya.

Dalam pada itu, Ivan menamatkan peringkat A-Level di Kolej Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan memilih Stanford dan akan mengikuti kelas 2025 pada bulan September tahun ini.

Ivan juga sangat aktif dalam pekerjaan sosial dan meluangkan masa untuk menolong orang kurang berkemampuan dan memerlukan.

Berasal dari keturunan Kadazan, Iban dan Bidayuh, Ivan mengatakan dia bangga dengan pelbagai etniknya. Beliau bersama-sama menubuhkan organisasi Gerakan Komuhakan dengan objektif untuk memperkasakan komuniti peribumi di Sabah.

Melalui gerakan ini, Ivan menyebarkan kesedaran tentang berbagai bahasa orang asli di media sosial dan terlibat dalam usaha untuk mengkaji bahasa Kadazan dan mempromosikan bahasa itu melalui infografik dan poster dalam talian.

Ivan juga bersemangat memelihara bahasa asli kerana menurutnya banyak bahasa-bahasa sedemikian di seluruh dunia akan mati dan semuanya akan hilang di masa depan jika tidak ada yang dilakukan mengenainya.

Pemuda yang giat ini juga mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan dan muncul sebagai juara di mana pasukannya memenangi Sime Darby Young Innovators Challenge (SDYIC) pada 2016 di mana inovasi mereka ialah aplikasi lebihan makanan pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Robin Food untuk mengekang pembaziran makanan sambil memberi makan kepada yang memerlukan. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top