Disambar Buaya Ketika Berakit

buaya.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Lelaki hilang dipercayai disambar buaya di Sungai Taman Kenari, dekat Batu Tujuh, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam, mangsa berusia 50 tahun itu disambar ketika menaiki rakit menyeberangi sungai terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.57 malam.

Menurutnya, sepasukan lapan anggota dihantar ke lokasi bagi menjalankan pencarian.

“Sebaik tiba, Ketua Operasi dimaklumkan oleh saksi kejadian, sebelum kejadian mangsa sedang dalam perjalanan pulang dari masjid Taman Kenari.

“Mangsa dilaporkan menyeberangi sungai lebih kurang 20 meter menggunakan sebuah rakit berukuran empat meter persegi yang dibuat sendiri untuk sampai ke rumahnya.

“Namun, mangsa dilaporkan tiba-tiba hilang dikhuatiri disambar buaya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jimmy berkata, anggota bomba kemudiannya membuat pencarian dengan berjalan di sepanjang tebing sungai sebagai tindakan awal.

“Pencarian dengan menggunakan bot belum dilakukan berikutan kekangan seperti tiada tempat untuk menurunkan bot dan keadaan sungai yang cetek serta keadaan terlalu gelap.

“Setelah menilai keadaan di tempat operasi dan membuat perbincangan dengan pihak polis, pencarian kemudiannya ditangguhkan pada 10.28 malam,” katanya.

Jimmy berkata, operasi pencarian disambung semula jam 6 pagi hari ini. – HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top