Dipercayai Ditangkap Menggunakan Bom Ikan, 55kg Ikan Dirampas Di Pasar Malam

rampas-ikan-1.jpg

PPM dan Pegawai Perikanan semasa menjalankan operasi di salah sebuah pasar malam.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu bersama Jabatan Perikanan telah berjaya merampas lebih kurang 55 kilogram ikan pelbagai jenis disyaki ditangkap dengan menggunakan bahan letupan dalam satu operasi Inter Agensi petang kelmarin.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 4 Kota Kinabalu Asisten Superintendan Roslan Awang berkata operasi dan pemeriksaan itu dijalankan di dua lokasi masing-masing di Pasar Malam Sinsuran dan Pasar Malam Todak di sini.

Bahagian dalaman ikan yang hancur dipercayai ditangkap menggunakan bom ikan.

Objektif operasi ini adalah untuk mengesan dan membanteras penjualan ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan dan rampasan telah dibawa ke Pejabat PPM Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM790.00. Kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 oleh Pegawai Penyiasat Jabatan Perikanan.

Justeru itu, masyarakat terutama masyarakat Maritim dan  Persisir Pantai disarankan untuk menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsApp ke talian 013-9391197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.

 

Sumber: PPM W4 SABAH


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top