Dilantik Sebagai Timbalan Menteri: Mustapha Hargai Pelantikan, Berterima Kasih Kepada PM

mustapha-sakmud.jpg

Mustapha

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen (AP) Sepanggar Mustapha Sakmud mezahirkan rasa terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana melantiknya sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Beliau juga berterima kasih kepada Anwar sebagai presiden PKR kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk mewakili parti itu dan Sabah serta berkhidmat untuk kerajaan persekutuan.

Mustapha berkata pelantikan itu adalah satu penghormatan dan tanggungjawab yang akan diambil serius bagi menyokong usaha Kerajaan Perpaduan dalam memajukan negara.

“Fokus utama saya adalah untuk membantu usaha Menteri Sumber Manusia melaksanakan pentadbiran modal insan yang cekap, memastikan pemulihan ekonomi negara dan meningkatkan kebajikan pekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustapha berkata beliau akan membantu memastikan semua usaha dan inisiatif yang diambil di bawah kementerian ini “akan memanfaatkan semua rakyat Malaysia” termasuk Sabah dan Sarawak.

Mustapha adalah antara tujuh timbalan menteri dari Sabah yang dilantik oleh Anwar di bawah kerajaan perpaduan.

Ahli Parlimen Sabah lain yang dipilih sebagai timbalan menteri ialah Datuk Siti Aminah Aching (Kementerian Perladangan dan Komoditi), Datuk Mohamad Alamin (Kementerian Luar), Datuk Arthur Kurup (Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi), Chan Foong Hin (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan), Khairul Firdaus Akbarkhan (Kementerian Pelancongan, Kebudayaan) dan Datuk Yusof Apdal (Kementerian Pengajian Tinggi).

Pada PRU15 baru-baru ini, Mustapha dari Pakatan Harapan memenangi kerusi Parlimen Sepanggar dengan majoriti 7,042 undi.

Berita asal: Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top