Digantung Keahlian UMNO: Shahelmey Berlapang Dada, Kekal Pendirian

shahelmey.jpg

Shahelmey (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya menerima pengumuman yang mendakwa beliau telah digantung keahlian UMNO selama enam tahun dengan lapang dada.

Sambil menyifatkan keputusan itu sudah dijangka, beliau pada masa sama tidak terkilan dengan pengumuman berkenaan dan masih kekal dengan pendiriannya sebelum ini.

Menurut Astro AWANI Timbalan Ketua Menteri Sabah itu turut menganggap, keputusan terbabit meleraikan semua yang menjadi tanda tanya selama ini.

“Saya menerima maklum perkara itu dan ramai kenalan bertanyakan berita tersebut.

“Setakat ini, saya belum menerima sebarang makluman rasmi daripada UMNO dan dengan adanya pengumuman berita berkenaan, saya harap itu boleh dianggap sebagai berita rasmi,” katanya ketika dihubungi AWANI semalam.

Terdahulu, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendedahkan kedudukan Shahelmey dalam parti digantung selama enam tahun.

Ia susulan tindakan Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tanjung Keramat itu yang menyokong Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan didakwa membelakangkan keputusan UMNO negeri, dalam kemelut politik Sabah, baru-baru ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top