KOTA KINABALU: Seorang pegawai penguat kuasa ditahan kerana didakwa menerima bayaran “perlindungan” bulanan daripada pengurup wang di bandar ini pada 2020 dan 2021.
The Star yang memetik sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaporkan, suspek merupakan seorang lelaki berusia 40-an yang dikatakan mendapat RM500 daripada seorang individu setiap bulan, berjumlah RM4,000.
“Suspek dipercayai menerima bayaran melalui transaksi bank dalam talian,” kata sumber itu.
Sumber itu berkata bahawa mereka percaya wang ini adalah untuk membantu melindungi operasi pengurup wang berkenaan.
“Suspek ditahan kira-kira jam 9 pagi Rabu ketika memberi keterangan di pejabat SPRM di sini,” kata sumber itu.
Pengarah SPRM Sabah Datuk Karunanithy Y. Subbiah ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
Katanya, suspek dijangka didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini pada pagi ini (Khamis)