Didakwa Sokong Anwar: Mohamad Alamin Pertimbang Tindakan Undang-Undang

alamin.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan kononnya beliau menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kesembilan.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau menafikan terbabit dengan senarai SD yang dilaporkan pihak media itu.

“Seharian hari ini bersama anak dan tak sempat meneliti berita yang kononnya saya adalah salah seorang daripada 10 Ahli Parlimen UMNO yang telah menandatangani SD menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Sebagai seorang peguam saya faham akan kesan dan niat sesuatu SD itu dibuat. Justeru, saya ingin menyatakan bahawa saya menafikan telah menandatangani SD dengan niat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Saya sedang menimbang beberapa sudut perundangan terhadap beberapa media dan lain-lain kerana telah menyebut nama saya sebagai salah seorang 10 Ahli Parlimen UMNO yang telah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan mengenai pembabitan Ahli Parlimen, antaranya dari UMNO yang menandatangani SD menyokong Anwar untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Mohamad antara 10 Ahli Parlimen UMNO yang disebut itu.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top