Semalam, 5 Disember 2021, ADUN Usukan Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak (SSK) telah merasmikan Majlis Konvokesyen Tingkatan 6, Kohort 8, 2020 SMK Arshad di Raia Hotel Kota Kinabalu.
Dalam ucapannya SSK menyeru para pelajar bijak memilih bidang pengajian dan antara jurusan yang boleh diterokai paska pandemik ini ialah berkaitan dengan digital.
Bekas ketua menteri Sabah itu juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang telah mendapat pengiktirafan atas kecemerlangan pencapaian akademik dalam peperiksaan STPM.
Kredit foto: FB Salleh Said Keruak
Komen