ADUN Usukan, YB Datuk Seri Panglima Dr Saleh Tun Said (SSK) pada Isnin telah hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama antara Silkroad Capital SB dan Yasal SB yang berlangsung di Kota Kinabalu untuk Pembangunan Perumahan Mampu Milik Kota Belud, Sabah.
SSK dalam hantarannya di Facebook berharap dengan kerjasama itu, penduduk Kota Belud khasnya bakal berpeluang memiliki rumah mampu milik dengan sarana dan prasarana yang baik pada masa hadapan.
“Semoga usaha ini mampu memberi manfaat yang baik kepada masyarakat Kota Belud,” ujar beliau.
Komen