Bersempena kedatangan Tahun Baharu Cina 2022, ADUN N24 Tanjung Keramat, YB Datuk Ir Shahelmey Yahya telah turun padang menyantuni masyarakat berbangsa Cina di kawasan DUN berkenaan pada 29 Januari lalu.
Kemesraan jelas terpancar antara Shahelmey yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat itu dengan warga setempat. Ia menjadi cerminan bukan sahaja hubungan antara masyarakat berbilang kaum di negeri ini, tetapi juga antara pemimpin dengan rakyat.
Komen