DIARI YB: Shahelmey Rasmi Majlis Berkhatan Tanjung Keramat

Shahelmey-2.jpg
Kongsi Bersama

Semalam, Sabtu, 11 Disember 2021, ADUN N24 Tanjung Keramat merangkap Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya merasmikan Majlis Berkhatan Tanjung Keramat anjuran UPPM N24 Tanjung Keramat di Masjid Daerah Putatan.

Majlis berkhatan yang merupakan program Sosial DUN Tanjung Keramat itu mensasarkan seramai 150 orang kanak-kanak sekitar Tanjung Keramat menyertai majlis tersebut.

“Usaha ini adalah untuk kita sama-sama meringankan beban keluarga dalam membiayai kos program atau operasi berkhatan bagi kanak-kanak lelaki yang meningkat dewasa yang ada di kawasan Tanjung Keramat dan daerah Putatan secara amnya,” kata Shahelmey dalam ucapannya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top