DIARI YB: Ruddy Turun Padang Pantau Keadaan Mangsa Banjir Di Pitas

Ruddy-1.jpg
Kongsi Bersama

Pada 3 Januari 2022, Ahli Dewan Undangan (ADUN) N.3 Pitas YB Datuk Seri Ruddy Awah terus turun padang memantau sendiri Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan penduduk yang terjejas banjir di Pitas.

Ruddy berkata beliau  memantau situasi banjir yang melibatkan beberapa buah kampung di Pitas dan sentiasa mendapatkan perkembangan terkini daripada Pegawai Daerah Pitas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

“Hari ini saya membuat lawatan kerja ke Pusat Pemindahan mangsa Banjir bertempat di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Pitas, Dewan Sri Perdana Sk Pekan Pitas 2 bertemu dengan mangsa banjir di sini.

“Saya sangat berpuas hati dengan PKOB yang diketuai oleh Tuan Pegawai Daerah serta komitmen Puan Aminah Antong, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Pitas untuk menjaga kebajikan mangsa banjir yang dipindahkan.

“Terima kasih kepada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N3 Pitas, Pasukan keselamatan PDRM, JPAM, RELA serta semua pihak yang turut memainkan peranan bersama termasuk Berita RTM Sabah dan Astro Awani yang hadir membuat liputan,” kata Ruddy.

 

Sumber: FB Ruddy Awah


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top