Diari YB: Nizam Rasmi Mesyuarat Agung Persatuan Khairun Nisa

IMG_20220204_154616.jpg

Kelmarin, ADUN Apas, YB Datuk Nizam Abu Bakar Titingan telah memenuhi jemputan bagi merasmikan Mesyuarat Agung Pemilihan Persatuan Khairun Nisa Tawau bagi sesi 2022 – 2024 Kali Ke 2, yang berlangsung di Dewan Masjid Babus Saadah Kg Muhibbah Raya Tawau.

Seusai majlis perasmian itu, YB telah dibawa melawat pusat pelupusan Al Quran dan buku-buku bertulisan Jawi.

Nizam (dua dari kiri) diberi penerangan ketika melawat tempat khusus untuk pelupusan Al-Quran dan buku-buku bertulisan Jawi.

Pusat itu direka khas bagi membakar kertas-kertas menggunakan konsep pembakaran tertutup. Ia merupakan satu-satunya tempat di Sabah yang mempunyai kemudahan sedemikian.

Dimaklumkan juga bahawa pusat pelupusan itu akan dirasmikan tidak lama lagi.

 

Sumber: FB Nizam Abu Bakar Titingan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top