Rabu lalu, 7 Disember 2021, di tengah-tengah kesibukan Sidang DUN Sabah, Adun Tanjung Aru Datuk Junz Wong sempat mencuri sedikit masa untuk melawat mangsa-mangsa air pasang besar di kawasan DUN Tanjung Aru.
Fenomena air pasang besar ini telah mengakibatkan kemusnahan rumah dan kerosakan harta benda.
Bersimpati dengan nasib mangsa-mangsa berkenaan, kerana sudahlah ekonomi meleset, punca pendapatan pun putus, pekerjaan baharu pun tidak wujud, harga makanan pun melambung tinggi, sekarang suatu musibah lagi menimpa, Junz meminta supaya kerajaan GRS menyediakan dan menyalurkan suatu peruntukan khas secara serta merta, agar beban mangsa-mamgsa diringankan.
“Saya tidak perlu diberi kredit. GRS ambillah semua kredit. Saya cuma rayu seperkara, iaitu supaya bantuan kecemasan dari kerajaan disampaikan kepada tangan mangsa-mangsa secepat mungkin,” katanya dalam catatan di Facebook.
Sumber berita dan foto: FB Junz Wong