ADUN Lumadan, Haji Ruslan Muharam pada Isnin telah menyertai gotong royong bersama pemimpin serta penduduk Kg Mentulud umembersihkan kawasan gerai jualan, balai raya dan kawasan masjid di kampung tersebut.
Program itu merupakan anjuran 3 JPKK Mentulud, Mentulud Laut dan Nelayan Baru.
Dalam kesempatan ini, Haji Ruslan meminta kepada JPKK, Ketua Kampung dan penduduk kampung bekerjasama merobohkan dewan lama yang telah usang dan rapuh. Dengan persetujuan daripada JPKK, dewan tersebut kemudiannya dirobohkan dan pihak ADUN akan memberi tanah bagi menimbus tapak dewan lama berkenaan.
Menerusi hantaran di Facebook, Haji Ruslan berharap semangat kerjasama yang ditunjukkan dalam program gotong itu akan mengeratkan lagi ikatan perpaduan antara pemimpin kampung dan penduduk kampung demi kesejahteraan bersama.
Sumber berita dan foto: FB YB Hj Ruslan Muharam Official