Pada 14 Disember 2021, Adun Pintasan, YB Fairuz Renddan telah merasmikan Menara Tinjau dan Jeti Pelancongan Kampung Pantai Emas.
Menara tinjau dan jeti tersebut yang bernilai RM500,00 dibiayai sepenuhnya oleh Petronas sebagai sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada masyarakat.
“Pembinaan fasiliti ini bertujuan menambah baik sektor pelancongan dan perikanan di Kg. Pantai Emas, sekaligus menjadikan Kota Belud sebagai pusat tumpuan ekopelancongan seperti yang dinyatakan dalam Halatuju Sabah Maju Jaya.
“Ia juga diharap dapat membantu menjana pendapatan komuniti setempat dan memberi peluang pekerjaan melalui kewujudan pengusaha kecil dan sederhana dalam sektor perikanan dan pelancongan,” kata Fairuz ketika berucap merasmikan menara tinjau berkenaan.
Turut sama menyempurnakan perasmian ialah Ketua Strategi dan Libat Urus, Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS Siti Azlina Abd Latif mewakili Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS YBhg Datin Anita Azrina A Aziz.