Pada Jumaat 17 Disember 2021, Adun Kadamaian, YB Datuk Ewon Benedick (foto, dua dari kanan) turun padang untuk melihat sendiri keperluan penduduk Kampung Podos, di kawasan DUN berkenaan.
Beliau kemudiannya menyalurkan sumbangan untuk membina pondok rehat pelancongan Watu Misimbul dan menabur batu kelikir jalan pelancongan dan pertanian Kampung Podos.
Ewon turut meninjau kawasan Gereja SDA di kampong tersebut dan menyampaikan sumbangan membeli mesin rumput bagi kegunaan gereja itu.
Sebelum itu beliau, yang juga Naib Presiden UPKO meluangkan masa beramah mesra bersama para peniaga dan pengunjung di Tamu Taginambur.
Sumber: Media Sabah/Nabalu News
Komen