DIARI YB: Dr Yusof Ziarah Penduduk, Tinjau Kerja Baik Pulih Rumah

Dr-yusof1.jpg
Kongsi Bersama

Semalam, Khamis 2 Disember 2021, Adun Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob telah mengadakan kunjungan dan beramah mesra dengan kakitangan UPPM N35 Sindumin di Pejabat UPPM N35 Sindumin. Turut mengiringi  beliau ialah Pegawai Tugas-Tugas Khas, Mohd Kassim Ali Yusof dan Pegawai Perhubungan ADUN, Angelena Es Samuel serta Pegawai Tadbir Pusat Khidmat Masyarakat ADUN, Sarudin Maidin.

Dr Yusof kemudiannya ke Kg Tanjung Pagar untuk menziarahi Hjh Samah bin Pungut di kediaman anaknya sebelum meninjau  kerja-kerja baik pulih rumah Saiman bin Aripai yang telah diusahakan oleh sukarelawan daripada Unit Peduli Rakyat di Kg Pelakat.

Di kampung yang sama Dr Yusof turut meninjau perkembangan pembinaan semula rumah Jamihan bin Puasa yang juga diusahakan oleh sukarelawan Unit Peduli Rakyat hasil daripada sumbangan beliau.

Pada kesempatan itu juga Dr Yusof mengunjungi dan melihat jeti perahu penduduk kampung di Kg Pelakat.

 

.Sumber: Pusat Khidmat ADUN N35 Sindumin

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top