DIARI YB: Dr Ruddy Lawat Kg Ranggu, Rasmi Kejohanan Sepak Takraw

dr-ruddy-1.jpg

Semalam, 4 Dis 2021, Adun Pitas Datuk Seri Dr Ruddy Awah meneruskan lawatan kerjanya, kali ini ke PDM Pitas bertempat di Kampung Ranggu. Dalam perjumpaan dengan penduduk beliau, yang juga Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menjelaskan kepada tentang pembangunan yang telah beliau usahakan untuk dibawa masuk ke daerah ini dan perancangannya pada masa hadapan. Sesi soal jawab juga turut diadakan.

Pada petang hari yang sama Dr Ruddy berjumpa pada belia dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup P167 Kudat.

Dalam catatannya di FB, Dr Ruddy berkata beliau gembira melihat begitu banyak penyertaan para belia dalam acara tersebut.

“Saya mahu pastikan mereka yang betul-betul berbakat dapat diberi peluang untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi,” catat beliau.

Beliau, dalam catatan yang sama berkata, “Sebarang kejohanan sepak takraw yang menggunakan nama saya sama ada melalui Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (KSTI) mahupun ADUN N3 Pitas, saya tidak akan mengenakan sebarang yuran kepada peserta selama saya menjadi wakil rakyat.”

Menurutnya itu adalah salah satu cara untuk beliau menghargai para belia di luar sana supaya tidak perlu berfikir tentang yuran tetapi memikirkan bagaimana untuk meningkatkan permainan mereka.

 

Sumber: FB Ruddy Awah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top