DIARI YB: Dr Joachim Rasmi Balai Komuniti Kampung Bundu Tuhan

Dr-Joachim-1.jpg
Kongsi Bersama

Pada Ahad lepas, di tengah-tengah jadualnya yang ketat, Adun Kundasang yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam sempat meninjau projek Ecolinc Kinabalu di Kampung Bundu Tuhan. Pada kesempatan itu beliau turut merasmikan, Balai Komuniti Kampung Bundu Tuhan dan melancarkan  tiga denai baharu projek Ecolinc Kinabalu.

Projek Ecolinc Kinabalu ini dimulai dengan satu kajian oleh ERE consultant pada tahun 2011 yang bertujuan untuk melihat keperluan dan kepentingan pembentukan ‘ecological linkage’ yang menghubungkan dua taman daratan terbesar Taman Taman Sabah, iaitu Crocker Range Park dan Kinabalu Park.

Projek ini merkenalkan sistem pertanian mampan yang mana lebih bersifat mesra alam. Ia dijalankan dengan teliti dan dilengkapi dengan pembelajaran dan latihan aplikasi pertanian lestari. Pakar-pakar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut dijemput untuk memberikan pendedahan tentang teknik teknk pertanian mampan.

Produk hasilan pertanian bukan sahaja terhad kepada produk mentah tapi juga berproses seperti serunding tuhau, jeruk sayur serta penghasilan baja kompos.

Balai Komuniti yang didirikan oleh Dr Joachim pada program itu dibangunkan dengan bantuan dana yang diberikan oleh pihak Projek Ecolinc Kinabalu dibawah program Sabah EU-REDD+.

Balai Komuniti ini akan dijadikan sebagai pusat pentadbiran oleh Jawatankuasa Pemegang amanah Hutan Lindungan Komuniti (Winokok) Bundu Tuhan.

Dengan adanya balai tersebut, maka pengurusan hal ehwal berkaitan dengan pengurusan hutan Winokok dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan selesa.

Sumber foto: FB Dr Joachim Gunsalam

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top