DIARI YB: Dr Jeffrey Rasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan CKS SESB

Dr-Jeffry-sumbangan-SESB.jpg
Kongsi Bersama

Pada Ahad, 5 Disember 2021, , Ahli Parlimen P180 yang juga ADUN N.39 Tambunan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan telah merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Ceria Ke Sekolah (CKS) SESB Peringkat Parlimen P.180 Keningau & DUN N.39 Tambunan.

CKS adalah satu inisiatif  tanggungjawab korporat sosial (CSR) SESB yang meliputi tiga bidang utama iaitu pendidikan, kebajikan dan pemuliharaan alam sekitar. Sebanyak RM2 juta telah diperuntukan bagi tujuan melaksanakan tanggungjawab korporat sosial SESB pada tahun ini.

Seramai 500 anak-anak berusia 7 hingga 12 tahun masing-masing menerima bantuan persekolahan berbentuk beg sekolah, kamus, alat tulis dan wang saku berjumlah RM50 untuk keperluan permulaan persekolahan pada tahun 2022. Program ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan bagi keluarga kategori B40.

DSP Dr Jeffrey, yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah dalam ucapannya berkata, usaha seumpama ini dapat membantu meringankan beban kewangan golongan sasaran, meningkatkan hubungan sesama melalui amalan bersedekah, dan memberi manfaat kepada penerima sumbangan.

Sumber:  Jeffrey G. Kitingan Page

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top