Semalam, 13 Februari 2022, ADUN N40 Bingkor, YB Datuk Robert Tawik hadir menemani Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, pada Program Hari Radio Sedunia 2022, di mana seramai 100 orang sekitar daerah Keningau menerima sumbangan bakul makanan.
Program yang diadakan di Kolam Resort Keningau itu dilaksanakan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, YB Datuk Annuar Ayub Aman; Pegawai Daerah Keningau, Walter Kenson dan Pengarah RTM Negeri Sabah, Zulkefli Mohd.
Selepas program tersebut, YB Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya hadir pula di Program Keningau FM Jejak Masyarakat sempena Hari Radio Sedunia 2022 di Kampung Ria, Keningau. Seramai 20 orang warga emas menerima sumbangan barangan makanan dan seunit kerusi roda disampaikan kepada seorang pesakit terlantar di kampung tersebut.
Dengan jadualnya yang terus padat, pada sebelah petang, beliau melawat masalah perparitan di Jalan Bandukan Baru dan seterusnya melawat tapak cadangan Pondok Mensurung di Kampung Bandukan.
Sumber: FB Robert Tawik Official