Diari YB: ADUN Bengkoka Tinjau Mangsa Banjir

harun-1.jpg

Harun (dua dari kanan) turut membantu penduduk mengangkat barang yang rosak akibat banjir.

Kongsi Bersama

Seawal jam 7 pagi Isnin lalu, ADUN N2 Bengkoka YB Harun Durabi dan pasukannya meneruskan misi meninjau kampung-kampung yang teruk dilanda banjir di kawasannya. Antara kampung-kampung itu ialah Kg Desa Seberang, Kg.Pias, Kg Boribi, Kg Pangkalan Kanibongan, Kg Untang-Untang, Kg. Kedayaan, Kg.Langgar dan juga kampung-kampung di sekitar Kanibongan.

Harun (kanan) bersama beberapa penduduk salah sebuah kampung yang dilawati semasa misi tinjauannya.

Kejadian banjir itu menyebabkan banyak harta benda yang musnah seperti perabot rumah, barangan elektrik, kereta, motosikal, barangan runcit dan lain-lain musnah sekelip mata.

Harun, yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar menerusi catatan di Facebook berjanji akan berusaha semampu yang boleh untuk memastikan kebajikan setiap mangsa banjir terjaga dan membantu mereka melalui agensi-agensi berkaitan.

 

Sumber: FB Harun Bin Durabi

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top