Di Sebalik Usaha Menarik Pelancong, Kesihatan Rakyat Tetap Keutamaan – Christina

christina.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah masih mengutamakan kesihatan rakyatnya di tengah-tengah usahanya menarik pelancong dari negara lain bagi memulihkan industri pelancongan negeri.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata pelbagai usaha termasuk mesyuarat dan perbincangan mengenai dasar kesihatan yang boleh dilaksanakan dalam mengalu-alukan pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri ini.

“Kita tidak akan berkompromi dengan kesihatan orang ramai kerana keselamatan diutamakan.

“Akan ada peraturan mengenai langkah berjaga-jaga yang perlu untuk pelaksanaan melalui agensi pelancongan dan operator pelancongan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Adun Api Api itu menambah, langkah sedemikian juga akan meliputi operasi pemandu pelancong, pembekal logistik, pengangkut, pengusaha restoran, kedai cenderamata, taman awam dan tempat pelancongan.

Berhubung kebimbangan mengenai tapak perkhemahan tidak berlesen di sini untuk mengelakkan kejadian seperti tanah runtuh Batang Kali yang meragut 31 nyawa lewat tahun lepas, Christina berkata beliau akan membincangkan langkah pencegahan dengan Taman Sabah.

Ini termasuk menasihati pihak berkuasa Taman Sabah untuk mencari tapak percutian yang tidak dilesenkan dengan betul “untuk melakukan perkara yang betul”, tambahnya.

“Kita perlu usahakan aspek ini kerana kita tidak mahu perkara itu (tanah runtuh Batang Kali) berlaku di Sabah,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top