“Di kampung kami sesiapa yang bekerja di KFC dia macam kerja pilot.”

zero.jpg
Kongsi Bersama

” Pantang mundur kecuali operasi!!”

Siapa tidak kenal dengan ‘tagline’ ini, dipopularkan oleh kumpulan lawak terkenal Zero setiap kali mereka mengakhiri persembahan di pentas Maharaja Lawak Mega.

Berasal dari Kudat, Sabah, tiada siapa menduga kumpulan Zero kini sebaris pelawak terkenal tanahair.

Terdiri dari 3 orang adik-beradik, kumpulan Zero dianggotai oleh Mohd. Syaiful Doli Sharif (Syaiful) 33 tahun, Mohd. Sharif Kadir Doli Sharif (Sharif) 31 tahun dan Sharid Kunal Doli Sharif (Atu) 29 tahun.

Zero mula mencipta nama apabila memenangi tempat kedua program realiti Raja Lawak musim ke-6 pada tahun 2012, di mana ketika itu mereka tewas kepada kumpulan Shiro (Ajak dan Shahrol) yang menjadi Juara.

Kemudian langkah mereka semakin luas dan nama mereka tiba-tiba menjadi sebutan apabila menjuarai Maharaja Lawak Mega musim ke-4 pada tahun 2014.

Namun tiada siapa yang benar-benar tahu realiti disebalik kejayaan Zero, kisah kehidupan sebenar mereka yang sangat menyentuh perasaan.

Zero merupakan adik-beradik seibu sebapa, berasal dari kampung dan dari golongan yang boleh dikatakan agak susah. Bukan agak susah, tapi sebenarnya sangat susah.

Ayah mereka merupakan seorang yang OKU (tidak boleh bercakap) dan telahpun mninggaI dnia, manakala ibu mereka masih ada.

Kisah Hidup Di sebalik Kumpulan Zero.

Sebagai abang sulung, Syaiful mempunyai 6 orang adik selain Sharif dan Atu. Mereka berketurunan Bajau Laut di mana pekerjaan utama adalah sebagai nelayan dan buruh untuk menyara keluarga.

Dalam satu temubual Keringat Selebriti yang dihoskan oleh Adibah Noor, Sharif telah berkongsi bagaimana dia bersama Syaiful dan Atu menghabiskan masa 12 jam di laut setiap hari demi mencari rezeki.

Seandainya ribut kuat yang menghalang mereka turun ke laut, mereka akan bekerja sebagai buruh pada hari tersebut.

Sharif kemudian menceritakan saat pertama kali mereka mencuba nasib untuk bergelar pelawak dan artis.

Menurut Sharif, pada mulanya mereka langsung tidak tahu mengenai dunia seni atau apa-apa berkaitan kehidupan menjadi artis.

Semuanya bermula apabila seorang sahabat mereka di kampung memberikan cadangan kepada mereka untuk mencuba nasib menjadi pelawak.

”Seorang kawan saya bertanya kenapa kamu tidak mahu masuk program lawak jenaka. Kemudian saya tanya dia, kelakarkah kami ini?

”Kemudian dia cakap kamu boleh.. jadi saya cuba lah bersama Atu. Saya ingat lagi masa itu Syaiful tidak mahu, walaupun kami sudah ajak. Syaiful cakap kamu ini berani betul, kamu ingat kamu kelakar ke?

”Syaiful bagaimanapun tidak sampai hati, jadi dia pun rela hati ikut sekali untuk pergi uji bakat di Kota Kinabalu.

Maka bermulalah langkah pertama mereka dalam mengejar cita-cita untuk menjadi pelawak.

Namun ada cerita yang sangat menarik dikongsikan Sharif sewaktu mereka mahu keluar dari ceruk kampung mereka yang jauh di pedalaman dan menuju ke bandaraya Kota Kinabalu.

”Saya ingat lagi kami bertiga terpaksa menumpang lori sayur untuk pergi ke Kota Kinabalu untuk menyertai uji bakat program Raja Lawak.

”Waktu itu pakai smart-smart tapi duduk belakang lori sayur. Sampai saja di KK, dah macam pakai ‘bedak free’..habis habuk di muka.” kongsi Sharif sambil disusuli gelak tawa penonton.

 

Baca seterusnya di: malaysiatv

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top