Dewan Rakyat Lulus Undi Percaya Kepada PM

DSAI.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas usul percaya dibentangkan di Dewan Rakyat petang ini.

Usul percaya itu diluluskan dengan undian suara selepas dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan disokong rakan sejawatnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebelum dibahaskan 12 wakil rakyat dari blok kerajaan dan pembangkang.

Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang juga Ketua Pembangkang membuka tirai perbahasan usul berkenaan.

Ahli Parlimen lain yang turut berbahas adalah Lim Guan Eng (PH-Bagan), Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu), Ronald Kiandee (PN-Beluran), Johari Ghani (BN-Titiwangsa), Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas), Rafizi Ramli (PH-Pandan), Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor), Jeffrey Kitingan (GRS-Keningau), Shahidan Kassim (PN-Arau), Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor), dan Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

Usul percaya itu bertujuan membuktikan Anwar dari PH, yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 November lalu mendapat sokongan Ahli Parlimen bagi memimpin kerajaan baharu selepas keputusan PRU15 menyaksikan tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah.

Berdasarkan sokongan mengikut parti, jumlah Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar sekarang ialah seramai 148 orang. Ia merangkumi daripada PH 82, BN 30, GPS 23, GRS 6, Warisan 3, KDM 2, PBM 1, dan Bebas 1 kerusi.

Selebihnya iaitu 74 kerusi ialah milik PN yang juga blok pembangkang.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top