Desak PRU 15 Bukti UMNO Obses Kuasa – Kit Siang

Lim-Kit-Siang.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Desakan Umno supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan segera menunjukkan pemimpinnya obses dengan satu-satunya matlamat untuk kembali berkuasa selepas tumbang pada PRU14 lalu, kata veteran DAP Lim Kit Siang.

Beliau berkata, pemimpin parti itu lupa bagaimana pemimpin terdahulu berkorban dan berjuang untuk negara mencapai kemerdekaan dan membentuk Malaysia.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, ia secara jelas terbukti melalui gesaan mereka untuk PRU walaupun program vaksinasi Covid-19 bakal dilancarkan pada Mac.

“Amat menyedihkan untuk melihat betapa rendahnya parti politik, yang pada suatu masa dahulu, memimpin negara kita untuk mencapai kemerdekaan dan membentuk Malaysia ini, telah jatuh.

“Dengan pemimpin semasanya telah lupa bagaimana pemimpin terdahulu parti ini berkorban dan berjuang untuk negara,” katanya dalam kenyataan.

Daripada bimbang dengan keadaan Covid-19 yang semakin buruk, Kit Siang berkata parti itu terlibat dalam satu siri plot dan penipuan dengan PPBM dan PAS untuk berkuasa.

Mengenai langkah menangani Covid-19, beliau menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melibat urus sektor swasta dan pembangkang dalam merumuskan strategi dan pendekatan baharu dalam perang melawan pandemik itu.

Mengulas mengenai surat terbuka daripada 46 pakar kesihatan awam yang ditujukan kepada Muhyiddin, semalam, Lim berkata tiada keperluan ia ditulis sekiranya sektor kesihatan swasta dilibatkan sepenuhnya dalam merangka strategi melawan pandemik.

“Pengurusan pandemik Covid-19 negara memberi gambaran yang suram dan tidak terkawal. Walaupun dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan intervensi kesihatan yang lain, laporan harian kes masih tidak menunjukkan penurunan,” katanya sebagai memetik isi kandungan surat itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top