Desa Dairy Farm Sangkal Dakwaan Hanya Pentingkan Keuntungan

desa-dairy-farm.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Desa Dairy Farm pada Khamis menyangkal dakwaan syarikat itu hanya mementingkan keuntungan dan penjualan tiket sehingga mengabaikan keselesaan pengunjung dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di tarikan pelancong popular di Kundasang itu.

Dakwaan itu, yang dibuat pada sepanduk yang dipasang di pintu pagar hadapan ladang itu, juga telah tular di media sosial.

Pengurus agropelancongan Desa Dairy Farm, Mohd Farid Mohd Zaini berkata, ia merupakan dakwaan tidak bertanggungjawab dan tidak berasas yang dibuat individu tertentu dengan tujuan mencemar nama baik dan imej ladang itu tanpa mengambil kira sumbangan syarikat terhadap pembangunan ekonomi tempatan.

“Kami benar-benar kecewa dengan kain rentang yang dipasang secara haram di pintu pagar hadapan ladang pada 31 Mei lalu kerana ia ditulis dengan tuduhan liar terhadap pengurusan Desa Dairy Farm,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Mohd Farid berkata sistem tiket dalam talian yang cekap telah dibangunkan dalam usaha menangani isu limpahan pengunjung yang memberi impak sangat positif sejak ladang itu dibuka semula pada 12 Dis 2021.

“Bagaimanapun, peningkatan jumlah pengunjung yang ingin masuk ke ladang terutama dari Pitas dan pantai timur telah menjejaskan keberkesanan keseluruhan sistem terutama pada waktu puncak.

“Oleh itu, pihak pengurusan ladang telah mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah tersebut dan kami mengalu-alukan sebarang maklum balas ikhlas dan membina daripada orang ramai bagi membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik,” katanya sambil menambah syarikat itu turut menggalakkan pengunjung membeli tiket mereka. dalam talian. – Bernama

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top