Derma Darah: PBS Lumadan Berjaya Kumpul 174 Pain Untuk Tabung Darah Beaufort

Haji-Ruslan.jpg
Kongsi Bersama

BEAUFORT: Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan, dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Badan Food Bank DUN Lumadan dan syarikat ALTEL telah menganjurkan kempen derma darah semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Haji Ruslan Muharam berkata, sebanyak 35 kampung dalam DUN berkenaan terlibat sama dalam kempen derma darah ini.

“Alhamdulilah, sebanyak 174 pain darah berjaya dikumpulkan pada hari ini,” kata Ruslan dalam kenyataan medianya semalam.

Penduduk dari 35 kampung berkenaan berkumpul di dua lokasi iaitu di perkarangan bangunan Kelompok Rumah Tangga (KRT) gabungan Kg. Suasa, bagi program agihan Sim Kad ALTEL dan kaunter masuk anggota Koperasi Wanita dan Belia Lumadan Beaufort Berhad manakala di Dewan Desa Lestari Kg. Suasa bagi kempen derma darah serta pemeriksaan kesihatan.

Darah yang didermakan ini akan diserahkan kepada Hospital Daerah Beaufort.

Dalam program yang sama, 1,000 simkad prabayar percuma ALTEL dengan nilai keseluruhannya RM10,000 turut diagihkan kepada penduduk kampung yang dikategorikan sebagai B40 dan pelajar sekolah.

“Saya berterima kasih kepada pihak ALTEL atas sumbangan ini dan kerana memberikan kemudahan telekomunikasi yang menarik antaranya internet yang stabil dan laju serta tempoh laluan percuma selama 365 hari.

Namun demikian, hanya 650 simkad sahaja dapat diedarkan semasa program tersebut, manakala selebihnya boleh didapati di Pejabat ADUN Lumadan.

Ruslan yang juga Pengerusi Perkara Realty Sdn Bhd berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kempen derma darah kali ini dan juga sumbangan simkad prabayar percuma berkenaan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top