Demonstrasi Maya Bantah Kurang Perwakilan Wanita Dalam Kabinet Sabah

Kumpulan-Daya-Tindakan-Wanita-Sabah-dan-Rakyat-Is-Boss-zoom-121020.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dua badan bukan kerajaan (NGO) di Sabah mengadakan demonstrasi maya melalui aplikasi Zoom bagi membantah kekurangan perwakilan wanita dalam Kabinet baru negeri itu.

Demonstrasi “Bukan Adun saya” anjuran Kumpulan Daya Tindakan Wanita Sabah (Sawo) dan Rakyat Is Boss (RIB) itu turut disiarkan secara langsung di Facebook Sawo bermula 8.15 malam tadi dengan beberapa individu, termasuk Adun diberi peluang berucap.

Adun Kapayan daripada DAP, Jannie Lasimbang mendakwa Adun lantikan disalahgunakan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Adun lantikan sepatutnya menjadi peluang untuk melantik mereka yang perlu diwakili di dalam DUN, termasuk kumpulan minoriti.

“Saya juga bersetuju dan menyokong kenyataan Sawo mengatakan wanita perlu diberi peluang kerana wanita sebahagian daripada pengundi di Sabah.

“Adun dilantik telah disalahgunakan dan kalau ada pun, hanya orang-orang politik ataupun parti.”

Peserta demonstrasi itu turut memegang sepanduk “Bukan Adun saya” sambil melaungkan “malu, malu, malu”.

Tiada wanita yang dilantik sebagai menteri penuh dalam barisan Kabinet Sabah yang mengangkat sumpah baru-baru ini.

Hanya 2 Adun wanita, iaitu Julita Mojungki daripada PBS serta Flovia Ng daripada STAR dilantik sebagai pembantu menteri pembangunan masyarakat dan kesejahteraan rakyat.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top