‘Demi Negara, Saya Akan Bantu Ismail Sabri’ – Hishammuddin

hishammuddin-1.jpg
Kongsi Bersama

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Sembrong, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pelantikan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan akan mengstabilkan negara kembali ekoran krisis politik yang berlaku.

Katanya, dengan pelantikan ini membolehkan pentadbiran baharu negara kembali menumpukan terhadap usaha menangani krisis COVID-19, memulihkan ekonomi serta membela kesejahteraan rakyat.

“Tahniah YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang telah diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

“Saya telah sebut beberapa hari lepas, perkara terpenting yang negara perlukan ketika ini ialah kestabilan. Ia demi membolehkan negara kembali menumpukan terhadap usaha menangani krisis #COVID19, memulihkan ekonomi serta membela kesejahteraan rakyat.

InsyaAllah, saya akan bantu sebaiknya menerusi apa jua kapasiti yang saya ada demi kepentingan negara tercinta.

“Selamat menjalankan amanah Dato’ Sri. Semoga Allah SWT merahmati ketentuan ini. Amin Ya Rabbal Alamin.”  ujar beliau. – Suara TV


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top