Dell Trading Lantik KOPSTAR Pembekal Tunggal Baja Ikan Dan Ternakan Di Sabah

IMG-20220222-WA0000.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Koperasi Star Sabah Berhad (KOPSTAR) menandatangani dokumen persefahaman dengan Dell Trading di Sokid Villa hari ini setelah beberapa siri perbincangan diadakan antara kedua belah pihak.

Melalui MoU ini Dell Trading telah melantik dan memberikan hak kepada KOPSTAR sebagai pengedar tunggal makanan ikan dan ternakan di Sabah.

Upacara MoU itu berlangsung antara Pemilik Dell Trading Dell, Darion Victor dengan Setiausaha Koperasi Star Datuk Dr. Saimin Sandah yang disaksikan oleh Pengerusi KOPSTAR Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan.

Turut kelihatan dalam majlis berkenaan ialah Datuk Iskandar Malik, Setiausaha Agung Star Edward Linggu dan Jalumin Bayogoh sebagai Ahli Lembaga Koperasi.

Termeterainya persefahaman itu bakal memberikan peluang dan kebaikan kepada ahli-ahli KOPSTAR yang juga merupakan ahli-ahli Parti STAR Sabah.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top