Delegasi 40 Usahawan Sabah Berlepas Ke World Expo 2020 Dubai

deligasi-usahawan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) menerusi Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR)  selaku urusetia ,menyelaras seramai 40 usahawan melibatkan 11 syarikat IKS bersama-sama Invest Sabah Berhad, KKIP Sdn Bhd dan POIC Sabah Sdn Bhd ke World Expo 2020, Dubai pada 20-24 Disember.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan DIDR hari ini, para usahawan yang terlibat dalam program ini adalah Rosmie Snack Industry Sdn.Bhd, Borneo Awesome Food (AFCL), Kristal Handal Sdn.Bhd, Jalina Resources Millionaire, Mama Best Food Sdn.Bhd, Sabah Timber Industries Association, Beta Maju Sdn.Bhd, Magna Wave Sdn.Bhd, Bailina Food Products Sdn.Bhd dan Lados Sdn.Bhd.

Katanya, tujuan program ini adalah untuk memasarkan produk keluaran Sabah ke pasaran dunia, menarik pelaburan di samping mengambil peluang untuk memperkasakan kaedah perniagaan bertaraf korporat dunia.

“Sasaran yang telah ditetapkan bagi usahawan Sabah ialah sebanyak RM 24 juta hasil jualan serta penarikan pelaburan bernilai sebanyak RM 25 juta  di ‘World Expo 2020 Dubai’, Emiriah Arab Bersatu,” jelasnya.

Menurutnya, antara jenama produk yang akan dipasarkan atau diperkenalkan di World Expo 2020, Dubai ialah Keropok Amplang Ikan Bikmie dan Keropok Amplang Udang Bikmie dari Syarikat Rosmie Snack Industry Sdn.Bhd, Eureka Drinks dari Syarikat Beta Maju Sdn.Bhd, serta pelbagai perisa Bun seperti Red Bean Steamed Bun,Spicy Anchovy Steamed Bun dan Banana Chips Salted dari Mama Best Food Manufacturer Sdn.Bhd, Yuly Potato crackers dan Yuly Tapioca crackers cheese flavour dari syarikat Jalina Resources Millionaire, Textile dan Handicraft Sabah dari syarikat Kristal Handal Sdn.Bhd, Frozen Pastry dan Premium Butter Cookies dari syarikat Bailina Food Products Sdn.Bhd dan pelbagai jenis Chilli Paste dari Lados Sdn.Bhd.

Majlis pelepasan delegasi dari Sabah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam.

Dalam amanat ringkas kepada para peserta World Expo 2020 Dubai, Dr. Joachim mengucapkan selamat bertolak ke Dubai dan mendoakan semua selamat sampai ke Dubai.

Beliau juga mengingatkan supaya delegasi Sabah menjaga prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa.

Dr. Joachim percaya delegasi Sabah dapat mencapai objektif yang diharapkan.

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) turut menghantar wakil bagi menyertai delegasi berkenaan. – Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top