DBKK mahu perkasa kerjasama dengan Bandar Raya Changsha

Mayor-DBKK.jpg

Datuk Seri Sabin Samitah

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menzahirkan komitmen untuk memperkasa kerjasama dengan Bandar Raya Changsha di China melalui cadangan perlaksanaan Friendship City.

Mayor DBKK Datuk Seri Sabin Samitah berkata perkara itu dibincangkan dengan deligasi dari Bandar Raya Changsa yang membuat kunjungan hormat kepada beliau diketuai Changsha Municipal People Government Deputy Secretary-General Lu Xingying, kelmarin.

Sabin berkata cadangan kerjasama dua hala itu telah dipersetujui kerajaan negeri dan melibatkan pelbagai inisiatif termasuklah pembangunan ekonomi, pembangunan bandar raya mampan dan pengurusan iklim.

“KIta juga berharap dapat melaksanakan kerjasama dalam pembangunan industri pelancongan, warisan budaya, perkongsian bidang kepakaran dan tadbir urus,” katanya menerusi kenyataan di sini semalam.

Menurut kenyataan itu, delegasi DBKK sebelum ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Datuk Bandar Changsha Municipal People Government Gao Wengqi pada 12 Mei tahun lepas sebagai praperbincangan kepada cadangan menjalinkan Friendship City. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top