DBKK kutip 200kg sampah di Segama Waterfront ketika cuti Aidilfitri

sampah-1.jpg

Kredit foto: FB DBKK

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu (DBKK) terpaksa mengutip 200 kilogram sisa sampah yang dibuang secara tidak bertanggungjawab semasa cuti perayaan Aidilfitri di sekitar Segama Waterfront di sini.

DBKK dalam kenyataan pada Sabt menyebut tindakan pengutipan dan penyapuan dilakukan segera di sekitar Segama Waterfront serta Taman Awam Teluk Likas selepas perkongsian orang awam melalui gambar dan video sampah sarap yang bertaburan di kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu sampah sarap yang bertaburan telah mengotori persekitaran dan menimbulkan rasa ketidakselesaan kepada para pengunjung.

“Ini menunjukkan mentaliti segelintir masyarakat awam yang masih menganggap tugas menjaga kebersihan adalah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan atau pihak berwajib semata-mata,” menurut kenyataan itu.

Susulan itu DBKK melalui Jabatan Penguatkuasaan akan mengaktifkan Ops Payung di kedua-dua tempat tersebut bagi menguatkuasakan sepenuhnya Undang-Undang Kecil (Anti Sampah Sarap) 1984 Pindaan 2005 yang membolehkan DBKK mengambil tindakan kompaun serta tindakan mahkamah ke atas kutu sampah.

Kenyataan itu menyebut setakat Januari hingga semalam, DBKK telah mengenakan 278 kompaun di bawah kesalahan Undang-undang Kecil (Anti Sampah Sarap), masing-masing 64 kompaun di Taman Teluk Likas dan 214 dikeluarkan di pusat bandar.

Dalam minggu ini juga, lima kompaun di bawah Undang-undang Kecil (Penjaja) 1966 dikeluarkan ke atas penjaja haram di Taman Awam Teluk Likas sementara satu rampasan barangan penjaja haram di Segama Waterfront, menurut kenyataan itu lagi. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top