DBKK Benarkan Pasar Malam Kepayan Sempena Tahun Baharu Cina

Pengerusi-MCA-Sabah-Lu-Yen-Tung.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Satu permohonan untuk membuka pasar malam di perkarangan tapak kedai Rumah Murah Kepayan sempena Tahun Baharu Cina telah dihantar ke Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kapayan Lu Yen Tung berkata, permohonan berkenaan sudah disampaikan kepada Mayor DBKK Datuk Noorliza Awang Alip.

“Kami mencadangkan tarikh bagi pasar malam ini adalah pada 29 dan 30 Januari ini. Berikutan itu, DBKK telah bersetuju untuk membenarkan pasar malam ini beroperasi dengan pematuhan SOP yang ketat.

“Dalam pasar malam ini, sebanyak 25 lot gerai akan disediakan dan masa menjaja adalah dari jam 1 petang sehingga 12 tengah malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, ini julung kalinya DBKK membenarkan jualan pasar malam Tahun Baharu Cina di Kepayan.

Menurutnya, cadangan itu diilhamkan selepas mendapati ramai keluarga di sekitar Kepayan terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.

“Mereka yang ingin menjaja bolehlah memohon dengan DBKK, mereka juga akan mengeluarkan maklumat lanjut mengenai pasar malam Tahun Baharu Cina dalam masa terdekat.

“Saya ingin mengingatkan semua pengunjung yang datang nanti agar patuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top