DBKK anjur KK Cleanup Day 1.0 sempena sambutan ulang tahun ke-25 Bandaraya Kota Kinabalu

DBKK1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal akan menganjurkan Program KK Cleanup Day 1.0: Bandaraya Kota Kinabalu, pada 11 Januari 2025.

Program bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 Bandaraya Kota Kinabalu ini akan berlangsung di Segama Waterfront dan akan disempurnakan oleh Mayor DBKK Dato’ Sri Dr. Sabin Samitah.

KK Cleanup Day 1.0 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran sosial dalam kalangan penduduk dan pengusaha tempatan menerusi kempen dan aktiviti pembersihan yang berterusan.

Program ini akan memberi fokus kepada empat (4) tumpuan utama: pembersihan kawasan awam, pasar awam, sampah terapung di laut dan kawasan kepulauan.

Selain itu, program ini bakal menyaksikan pelancaran program Cabaran “Kampungku Bersih” dan Upcycle@Recology.

DBKK melalui hantaran di media sosialnya mengajak orang ramai menjayakan program KK Cleanup Day 1.0 demi kebersihan dan kesejahteraan Bandaraya Kota Kinabalu.

Sumber: FB Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top