DBKK Akan Beli 20 Lagi Lori Kompaktor Sampah

noorliza-datuk-bandar-kk.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memperuntukkan RM5 juta hingga RM6 juta untuk mendapatkan 20 lori kompaktor sampah bagi meningkatkan perkhidmatan kutipan sampah di bandar ini, kata Datuk Bandar Datuk Noorliza Awang Alip.

Beliau berkata lapan daripada lori sampah baharu itu akan beroperasi dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang, manakala baki 12 unit lagi dijangka dihantar kepada DBKK pada Disember tahun ini.

Dengan tambahan 20 trak itu, Noorliza berkata DBKK akan mempunyai 33 trak kompaktor sampah dalam armadanya untuk menjalankan perkhidmatan kutipan sampah.

“10 lagi trak sedang menjalani pembaikan besar.”

Menurut beliau trak kompaktor sampah baharu itu berharga antara RM250,000 dan RM300,000 setiap satu, bergantung kepada model dan kapasiti.

“DBKK telah memutuskan untuk membeli lori sampah baharu bagi menambah baik perkhidmatan kutipan sampah.”

Noorliza juga berkata, perkhidmatan kutipan sampah di bandar ini terjejas kerana beberapa lori menghadapi masalah, namun DBKK telah menggunakan ‘roll on roll off’ (RORO) untuk menggantikan tong sampah sedia ada di kawasan tertentu.

Beliau menggesa orang ramai supaya terus bersabar kerana perkhidmatan kutipan sampah akan dipulihkan dan ditambah baik apabila trak baharu itu beroperasi.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak membuang sampah sebarangan demi menjaga kebersihan bandar. – Borneo Post


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top