DBKK, agensi-agensi penguatkuasaan laksana operasi pemeriksaan bersepadu

DBKK.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengetuai satu operasi pemeriksaan bersepadu yang dijalankan di sekitar Pasar Besar, Pasar Ikan dan Anjung Kinabalu, bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi, pada 30 Disember lepas.

Operasi bersepadu itu melibatkan seramai 29 anggota daripada lima (5) agensi, iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Pendaftaran Negara dan DBKK yang terdiri daripada Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan.

Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan, di Pasar Besar Kota Kinabalu, sebanyak dua gerai diarah tutup serta-merta kerana gagal mengemukakan lesen, dua lagi gerai digantung lesen kerana berniaga melebihi saiz lot gerai dan sebuah gerai telah diberi amaran lisan kerana gagal mematuhi syarat kecil lesen.

Sementara itu, di Pasar Ikan Kota Kinabalu, sebuah gerai telah digantung lesen kerana melanggar syarat lesen dengan meninggalkan barang-barang di kaki lima secara berulang, manakala enam gerai telah digantung lesen kerana pembantu gerai didapati tidak berdaftar/sewa atas sewa.

Operasi pemeriksaan di Anjung Kinabalu mendapati sebuah gerai telah digantung lesen kerana pembantu gerai didapati tidak berdaftar/sewa atas sewa dan dua gerai diarah tutup serta-merta kerana tidak mempunyai lesen.

DBKK memandang serius terhadap perkara ini dan akan melaksanakan pemantauan dari masa ke masa bagi memastikan semua aktiviti perniagaan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dijalankan secara sah.

Semua penjaja adalah diingatkan untuk menjalankan operasi perniagaan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dalam memastikan keteraturan dan kesejahteraan bandar raya.

 

Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelesenan, DBKK/FB Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top